Kenapa pentingnya mengekalkan kesihatan tubuh badan ???
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ....
Saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk melakukan mengekalkan kesihatan tubuh badan kita .
Antaranya ialah :
1) Sebelum kita melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan anggota sukan kita hendaklah melakukan aktiviti regangan badan ( warm-up). Regangan anggota badan ini penting kerana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya kecederaan semasa atau selepas melakukan aktiviti bersukan.
2) Kita juga hendaklah sentiasa meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau 1.5 liter sehari agar badan kita sentiasa segar. Kelebihan meminum air kosong ini juga secara tidak lansung dapat mengelakkan seseorang itu daripada terkena hidrasi iaitu seseorang manusia itu kekurangan air dalam badan. Antara kesan-kesan hidrasi ialah seseorang itu akan mudah pitam,badan menjadi lesu dan tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik.
3) Kita juga hendaklah mengamalkan gaya pemakanan sihat. Apabila seseorang itu tidak menjaga pemakanannya maka akan timbulnya pelbagai penyakit kerana punca penyakit adalah bermulanya dari perut. Antara penyakit yang akan timbul seperti kencing manis,darah tinggi,sakit jantung dan pelbagai lagi.
4) Kita juga hendaklah selalu memakan sayur-sayuran & buah-buahan kerana dalamnya terdapat kandungan vitamin yang diperlukan oleh badan untuk merancakkan lagi tumbesaran badan manusia.
Vitamin pada sayur dan buah ini dapat diserap ke dalam badan.
5) Kita juga hendaklah mengurangkan mengambil makanan ringan kerana ianya mengandungi pelbagai jenis kandungan yang akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan . Oleh sebab itu, kita hendaklah mengelakkan daripada mengambil makanan ringan tersebut.
Akhir sekali, menjaga badan amatlah penting untuk kita agar kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan pada setiap masa supaya kita dapat melakukan pelbagai aktiviti harian tanpa sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment