REKREASI
Rekreasi bermaksud satu ruang masa untuk melakukan aktiviti rehatnya. Menurut aristottle , rekreasi ialah kesenggangan yang mesti sangat seronok. Kita hendaklah merancang dengan baik dalam setiap aktiviti luar yang dirancang agar dapat dilaksanakan tanpa sebarang kecacatan pada aktiviti tersebut.
Rekreasi sesuatu aktiviti yang dapat menyegarkan badan manusia serta dapat memberi sedikit hiburan kepada manusia agar merasaikan keseoronokan membuat sesuatu akvititi pada masa lapang mereka.
Rekreasi ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
- Rekreasi dalaman biasanya dilakukan dalam dewan.
- Senamrobik
- badminton
- sukaneka
- Rekreasi luaran biasanya dilakukan diluar dewan.
Jenis-Jenis rekreasi.
1)Fizikal
2)Sukan
- mengisi masa lapang.
-Sukan berprestasi tinggi iaitu merujuk kepada prestasi individu.
3)Mental
- linguistik dan komunikasi
- membaca dan menulis novel
4)Sosial
- Utamakan aktiviti dan tidak bersifat pertandingan
- Sukaneka
5) Paraputik
- Merehatkan dan meransang emosi
- Mendengar muzik untuk menghilangkan stress
Kepentingan rekreasi
Terdapat kepentingan aktiviti rekreasi ini kerana apabila kita menyertai aktiviti yang dilakukan secara tidak lansung kita dapat menghilangkan tekanan perasaan. Apabila kita melakukan aktiviti tersebut kita sudah tidak memikirkan lagi mengenai masalah kerja dan sebagainya. Rekreasi ini juga dapat membentuk kemahiran insanian dan personaliti individu. Rekreasi biasanya dikaitkan dengan perkhemahan dan dalam perkhemaha tersebut akan adanya aktiviti kawad kaki,ikatan tali dan sebagainya. Aktiviti rekreasi yang lain seperti ikhtiar hidup dimana orang akan dilepaskan di dalam hutan dalam tempoh ditetapkan dan selepas itu anggota keselamatan akan mengambilnya balik.
Aktiviti yang menjadi perhatian dalam sukan rekreasi semestinya jungle tracking. Apabila kita mengikuti jungle tracking secara tidak lansung kita dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna yang terdapat didalam hutan. Kita dapat merasai udara yang sangat segar di dalam hutan.Selain itu,aktiviti rekreasi yang menjadi tumpuan adalah seperti kayak,orienteering dan pelbagai lagi.
Akhir sekali, sukan rekreasi ini sangat menarik apabila kita turut serta kerana kita akan dapat pengalaman yang tidak dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman ini kita hendaklah laluinya dengan diri sendiri. " nikmat yang sangat indah " . Pengalaman ini memberikan kita kelebihan berbanding orang lain.
" PENGALAMAN YANG INDAH SANGAT MENGUJAKAN "
No comments:
Post a Comment