Wednesday, 23 November 2016

KESELAMATAN

Keselamatan ketika berkhemah ...


tapak perkhemahan 


Aktiviti berkhemah merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Aktiviti perkhemahan ini juga boleh dilakukan di pelbagai tempat seperti tapak rekreasi,tepi pantai,tepi sungai,hutan dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan biasanya dianjurkan oleh unit badan beruniform atau kem kepimpinan di peringkat sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah. 

Antara keselamatan semasa kem berlansung ialah :
1) Sentiasa mematuhi arahan daripada guru atau ketua kem kerana jika tidak mendengar arahan daripada guru atau ketua kem maka secara tidak lansung akan berlakunya masalah. Sebarang aktiviti yang hendak dijalankan sentiasa laporkan kepada ketua kem atau guru supaya bilangan ahli cukup sebelum , semasa dan selepas aktiviti dilakukan. Tujuan kaedah ini dlakukan supaya tidak ada berlakunya kehilangan ahli kumpulan atau berlakunya kecederaan.



2) Sentiasa bergerak dalam kumpulan. Apabila bergerak dalam kumpulan maka kita boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Bergerak dalam kumpulan juga memberi satu kelebihan kepada kita iaitu apabila berlaku kecederaan maka kita dapat menolong rakan yang tercedera dengan memberi rawatan atau membawa dia ke tempat yang sesuai.

3)  Persediaan tambahan ketika menyertai perkhemahan ialah sentiasa membawa wisel dan lampu suluh. Fungsi kedua-dua alat tersebut adalah untuk membantu kita ketika berada di dalam kecemasan. Fungsi wisel ialah apabila berlakunya satu kecemasan seperti tersesat dalam hutan kita dapat meniup wisel agar didengar oleh rakan-rakan yang lain supaya dapat mengenal pasti kedudukan kita. Fungsi lampu suluh pula dapat membantu kita ketika sesat juga tetapi pada waktu malam. Lampu suluh juga dapat membantu kita untuk menunjukkan jalan ketika di dalam hutan atau mana-mana pada sebelah malam.

UTAMAKAN KESELAMATAN KETIKA BERKHEMAH

No comments:

Post a Comment